Videoh



loading...
Judul:Rutin Sebelum Memandu RSM (KPP02/KPP03)
Durasi:00:07:59
Dilihat:195,322x
Diterbitkan:10 September 2017
Sumber:Youtube
Suka Ini ?:

Video ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehendak latihan & pengujian ''Rutin Sebelum Memandu'' .
(Rutin Sebelum Memandu ini dijalankan setiap kali calon bertukar kenderaan, bertujuan bagi menyesuaikan kedudukan pemandu dan mengenalpasti semua komponen berfungsi dengan baik)
Di dalam video ini juga, pihak kami mempertonton apa yang calon harus lakukan ketika menjalani Rutin Sebelum Memandu berdasarkan kesesuaian mengikut jenis kendereaan ( Kenderaan buatan PERODUA model VIVA 660 Manual)
Rutin Sebelum Memandu (RSM) adalah salah satu daripada sukatan pelajaran bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP02).
Video ini juga membantu calon-calon yang sedang menjalani Latihan/Ujian Penilaian/ujian JPJ, di mana pihak kami membuat penerangan lengkap berkaitan kehendak seperti yang dilampirkan di dalam borang pengujian BAHAGIAN II.
Di Akhir video ini, pihak kami menunjukkan contoh bagaimana Rutin Sebelum Memandu ini dijalankan terhadap kenderaan PERODUA VIVA 660 Manual.
Bagi mendapatkan latihan bagi menjalani "Rutin Sebelum Memandu" sila rujuk dengan mana-mana pengajar yang bertauliah(SPIM).

sekian terima kasih

"ke arah melahirkan pemandu yang berhemah"

BAGIKAN KE TEMAN ANDA


this video can not be downloaded